Alamak! Harga Gas Di Ethereum Naik Lagi?

3,281

Rangkaian Ethereum sekali lagi berhadapan dengan lonjakan harga gas (kos transaksi) sehingga 470% pada 11 Mei dan tiada tanda untuk surut.

Pada minggu lepas, rekod harga gas telah susut sehingga sekitar $12 yang mana mengundang kelegaan kepada komuniti rangkaian itu.

Namun, pada hari ini harga gas telah mencecah hampir $70, rekod tertinggi sepanjang masa dengan peningkatan hampir dua kali ganda daripada rekod Februari, $40.

Pemerhatian mendapati isu ini bangkit semula susulan daripada permintaan yang tinggi terhadap token meme, Shiba Inu (SHIB).

Gelombang shitcoins mungkin boleh dikatakan bermula dengan Dogecoin (DOGE) yang dihypekan oleh pengasas Tesla, Elon Musk sebelum ia merebak ke koin-koin lain seperti SHIB dan Pig Token (PIG).

Kebanyakan yang membelinya sekadar mahu ‘menikmati’ keuntungan daripada pump dan dump.

Misalnya seperti yang berlaku terhadap harga DOGE yang susut selepas komunitinya pump menjelang penampilan Musk di SNL tempoh hari.

Manakala, SHIB menyaksikan lonjakan harga mencecah 1400%, lagi-lagi selepas tersenarai di Binance. Tidak lupa juga dengan pelancaran token WOOFY hingga membawa harga Yearn Finance (YFI) ke paras lebih $93,000 pada pagi tadi.

Maka, tidak hairanlah jika pasaran kripto kini boleh dianggap shitcoin season, bukan altcoin season seperti yang dijangka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat