Aliran Dana ke Pasaran Jepun Merosot Minggu Lalu

53

Aliran modal ke dalam pasaran saham dan bon Jepun berkurangan minggu lalu, manakala pelaburan asing ke dalam pasaran saham Jepun jatuh seperti yang ditunjukkan oleh data dari Kementerian Kewangan pada Khamis.

Pelaburan bon oleh rakyat Jepun ke luar negara susut 1.13 trillion Yen pada minggu berakhir 03 Mac berbanding kejatuhan 206.8 billion Yen yang direkodkan pada minggu sebelum itu.

Pelabur asing di Jepun pula melepaskan 167.1 billion Yen pegangan saham pada minggu sama berbanding penjualan 260.9 billion Yen pada minggu sebelum itu.

Pelabur-pelabur Jepun sejak tiga bulan lepas telah menggantikan pelaburan mereka di pasaran bon Perancis kepada pegangan bon Jerman berikutan perkembangan politik di Perancis ketika ini yang akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

Data terbaru oleh Kementerian Kewangan Jepun menunjukkan pelabur-pelabur Jepun mengeluarkan dana berjumlah 34.9 billion Yen dari pasaran bon Perancis.

Di Jepun, pasaran ekuiti telah membuat peralihan yang mendadak sejak awal bulan ini selepas menguat pada bulan sebelumnya. Hal ini banyak disokong oleh sentimen di Wallstreet ketika ini. Pemulihan ekonomi Jepun juga agak mengecewakan pelabur-pelabur dengan perbelanjaan pengguna terus menyusut sejak Januari.

Pelabur Jepun kini memberi perhatian kepada penetapan kadar oleh The Fed minggu depan yang mana FOMC dijangka menaikkan kadar pertama sejak mesyuarat Disember 2016. Pengetatan polisi sepatutnya akan menguatkan US dolar dan menjadikan Yen lebih murah.

Kelemahan Yen adalah tujuan Bank Pusat Jepun (BoJ) bagi menyokong sektor pembuatan dan eksport negara itu. Perdagangan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi pada suku keempat, satu isyarat bahawa kelemahan Yen sudah mula menampakkan kesan positif.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat