Amboi, ‘Ringan Tulang’ Betul Rakyat Malaysia Bekerja Bulan Ini, Tapi…

370

‘Bacaan mendatar bagus sebenarnya kan?’

Pada asas bulanan, kadar pengangguran Malaysia mencatat perkembangan 3.7% pada Ogos.

Menurut data terbitan jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), tiada perubahan dalam jumlah peratusan tersebut apabila dibandingkan semasa bulan Julai.

Namun, jumlah penganggur merekod penurunan 1.4% pada 612,000 semasa Ogos berbanding 620,700 pada Julai dengan angka tenaga buruh negara meningkat 16.63 juta berbanding 16.60 juta.

Selain itu, populasi mereka yang bekerja turut mencatat peningkatan dari 15.98 juta kepada 16.02 juta dengan pecahan komponennya adalah seperti berikut:

  • Kategori pekerja pada 76%
  • Bekerja sendiri pada 17.5%
  • Majikan pada 3.4%
  • Pekerja keluarga tidak bergaji pada 3.1%

Turut diteliti adalah jumlah pengganggur aktif menurun 2% pada 507,300 semasa Ogos berbanding catatan sebelumnya pada 517,400.

Dalam pada itu, angka tenaga buruh asing pula menurun 0.1% kepada 7.24 juta semasa Ogos berbanding 7.24 juta dengan komposisi terbesar adalah pada kerja di rumah atau tanggungjawab berkeluarga pada 42.9%.

Sebagai makluman, tenaga buruh asing tidak dikelaskan dalam bekerja atau menganggur termasuk suri rumah, pelajar, pesara and individu yang tidak minat untuk bekerja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat