Amerika Syarikat Merancang Untuk Mendakwa Jho Low Berkaitan Skandal 1MDB

113

Pihak berkuasa Amerika Syarikat merancang untuk membuat pertuduhan jenayah kepada Jho Low dalam siasatan penggubahan wang haram yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal.

Dana pelaburan Malaysia ini menghadapi beberapa siasatan di beberapa negara termasuk Switzerland dan Singapura dengan pihak AS sendiri sebelum ini mendakwa Low adalah pengawal kepada dana-dana berbillion dari 1MDB.

Jabatan Kehakiman AS mengatakan pada Julai bahawa lebih dari US$3.5 billion telah disalahguna dari 1MDB, dengan agensi itu menyita aset berjumlah US$1 billion yang didakwa telah digubah melalui sistem perbankan Amerika Syarikat.

Menurut laporan, pegawai Jabatan Kehakiman AS telah datang ke Singapura awal bulan ini bagi menemubual orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Jho Low dan kaitannya dengan 1MDB.

Antara soalan yang ditanya ialah tentang kehadiran beliau dalam beberapa mesyuarat dan peranan beliau dalam penyusunan perjanjian, menurut beberapa laporan.

Low yang pernah dilihat berparti dengan Lindsay Lohan dan Paris Hilton itu, menyalurkan dana dari 1MDB kepada akaun peribadi untuk kepuasan peribadi dan rakan-rakannya, kata pihak Jabatan Kehakiman AS. Namun Low mengatakan kaitannya dengan 1MDB adalah sebagai penasihat tak-langsung yang tidak menyalahi undang-undang.

Pihak polisi Singapura pada November juga mengenalpasti Low sebagai “Individu utama yang mempunyai kepentingan” dalam siasatan penggubahan wang haram yang dinyatakan sebagai siasatan yang kompleks melibatkan wang berbillion dolar.

Kerajaan Malaysia telah menyatakan akan bekerjasama dengan siasatan yang dibuat berkaitan dana tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat