Amerika Syarikat Terpaksa Ditutup Sehingga 18 Januari Kerana Omicron!

1,459

Permulaan awal tahun dengan berita buruk dari negara Uncle Sam.

Oleh kerana penyebaran varian Omicron yang mendadak di Amerika Syarikat (AS), Goldman Sachs Group Inc menggalakkan para pekerja di AS untuk berkerja di rumah sehingga 18 Januari.

Pelan kembali ke pejabat yang diusulkan kerajaan AS terpaksa diubah mengikuti keadaan semasa dan para pekerja perlu mematuhi langkah-langkah penjagaan seperti keperluan vaksinasi, keperluan dos penggalak yang berkuatkuasa 1 Februari, ujian pengesanan dwi-mingguan berkuatkuasa 10 Januari dan wajib memakai pelindung muka.

Sejak kebelakangan ini firma kewangan bergelut dengan masalah keadaan perniagaan yang luar dari kebiasaan serta cara komunikasi dengan kakitangan mereka namun pejabat Goldman akan terus beroperasi seperti biasa dan akan tetap menjalankan protokol keselamatan Covid-19 yang ketat.

Dalam pada itu, JPMorgon Chase & Co turut membenarkan para pekerjanya untuk kembali ke pejabat namun laporan pada minggu lepas mendapati bahawa firma tersebut telah mengubah tarikh kembali ke pejabat pada 1 Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat