Analisa Teknikal Mingguan 12 Jun – 16 Jun 2017

79

EURUSD – Analisa Mingguan 12 Jun – 16 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, EUR/USD bearish sekitar 100 pips tetapi masih berada dalam momentum bullish ketika ini(HL,HH,HL,HH). Dan selagi ianya tidak breakout Key Support mingguan iaitu 1.1130/00, secara teknikalnya ia masih berpotensi untuk ‘long’ dan boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil.

Jadi, dalam jangka pendek ini, Team Analisa berpendapat EUR/USD masih dalam mood bullish ketika ini dan jika ia breakout Key Resistance 1.1280, target kenaikan mingguan yang berpotensi dicapai adalah sekitar hara 1.1350 ataupun ke harga yang lebih tinggi iaitu sekitar 1.4300 bagi membentuk new HH. Tumpuan minggu ini adalah pengumuman kadar faedah oleh FOMC yang akan menjadi penggerak utama pasaran khususnya Eur/Usd.

Baca sini : https://intraday.my/sentimen-news-yang-bakal-menggerakkan-eurusd-minggu-ini/

GBPUSD – Analisa Mingguan 12 Jun – 16 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga pasaran bagi GBP/USD jatuh lebih kurang 300 pips ketika pilihan raya UK Jumaat lalu. Dan secara teknikal, jika diperhatikan ia mulai kembali bullish sekitar 90 pips setelah gagal untuk breakout support mingguan yang berada pada harga 1.2650.

Jadi, pergerakan wave bagi GBP/USD ketika ini masih berpotensi untuk bullish dan peluang-peluang yang berpotensi untuk ia kembali bullish, boleh diperhatikan di support terhampir iaitu sekitar 1.2560 – 1.2660. Dan target kenaikan terhampir adalah sekitar harga 1.2800 – 1.2850. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support 1.2650/1.2560 ini, mood bearish akan mulai dikuasai GBP/USD.

Oleh itu, Key Support mingguan ini amat penting untuk diperhatikan dan Team Analisa akan update dari semasa ke semasa pergerakan harga bagi GBP/USD di timeframe H1.

AUDUSD – Analisa Mingguan 12 Jun – 16 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, pergerakan harga bagi AUD/USD ketika ini masih berpotensi untuk meneruskan lagi kenaikan walaubagaimanapun sekiranya ia gagal untuk breakout Key Resistance 0.7600, ia akan mulai kembali bearish pada minggu ini.

Jadi, untuk confirmation samaada ia berpotensi untuk bearish pada minggu ini. Harga di sekitar 0.7560 – 0.7600 perlu diperhatikan samaada terbentuknnya reversal pattern/candlestick reversal signal. Target bearish minggu ini jika ia masih gagal untuk breakout Key Resistance adalah di sekitar harga 0.7450 atau ke harga yang lebih rendah lagi. Kesimpulannya, AUD/USD masih berpotensi untuk bearish ketika ini selagi harga pasaran berada di bawah paras harga 0.7600.

USDJPY – Analisa Mingguan 12 Jun – 16 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti yang dijangkakan, pergerakan harga USD/JPY masih dalam mood bearish pada minggu lalu dengan berjaya mencapai ke target bearish iaitu sekitar 109.30. Harga USD/JPY menyusut lebih kurang 140 pips pada awal minggu dan ia mulai kembali retrace sebelum menutup pasaran pada minggu lalu.

Jadi, kebarangkalian untuk ia terus bearish masih tinggi ketika ini selagi ia berada di bawah paras harga 112.00. Dan sebarang kenaikan ketika ini adalah retracement sebelum ia bearish dan boleh diperhatikan peluang entry di timeframe H1, H4. Dan jika breakout Key Support 109.30, target bearish minggu ini adalah ke sekitar harga 108.30.

GBPJPY – Analisa Mingguan 12 Jun – 16 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/JPY bearish pada minggu lalu dan membentuk new LL seperti yang dijangkakan dan pada minggu ini, jika diperhatikan secara teknikal momentum wave masih berpotensi untuk terus bearish(LH,LL,LH,LL). Jadi untuk minggu ini, target terhampir bearish yang berpotensi dicapai adalah di sekitar harga 138.90 dan jika breakout ia akan mencapai ke harga yang lebih rendah lagi iaitu sekitar harga 137.50.

Oleh itu, peluang untuk ia melakukan retracement sebelum ia meneruskan lagi pergerakan bearish yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga 140.00 – 141.00. Jadi kesimpulannya, selagi ia tidak breakout harga Key Resistance mingguan, potensi masih tinggi untuk ia bearish ketika ini berbanding bullish.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat