Analisa USDCAD 9 Sept 2014

61

usdcad
(klik gambar untuk besarkan)

Penguasaan USD dalam pasaran telah mengugat kebanyakan matawang dunia termasuklah CAD. Fibonacci Retracement menunjukkan harga melepasi resistance di level 78.6% (1.08762) dan resistance seterusnya yang bakal dilepasi adalah pada level high Fibonacci iaitu 100% (1.12770).

Harga pasaran juga telah berada diatas Moving Average yang telah bersilang dan melepasi MA200 (merah) yang juga resistance terkuat antara MA100 (biru) dan MA50 (hijau).

RSI (Relative Strength Index) kelihatan membenarkan USD terus menaik (bullish) kerana harga jika dilihat pada RSI belum sampai ke level 70. Jadi penguasaan USD mungkin akan diteruskan sehingga ke level 70.

Harga tertinggi pada 20 march 2014, menentukan pasaran usdcad akan meneruskan trend bullish jika harga dapat menembusinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat