Analisis Fundamental EUR/USD – Bilakah Harga Akan Keluar Dari Range Semasa?

716

Pair EUR/USD jika dilihat dalam time-frame besar berada dalam tren menaik sejak awal tahun 2017. Namun, momentum kenaikan itu semakin lemah sejak awal 2018 dengan pasaran sedang menunggu pemangkin atau berita yang lebih jelas tentang pengetatan polisi monetari European Central Bank (ECB).

EUR/USD membuat kenaikan pada awal tahun tetapi semakin kehilangan momentum tersebut sejak akhir-akhir ini dan masih terperangkap dalam julat pergerakan (ranging) semasa. Jelas dilihat pergerakan ranging EUR/USD di time-frame daily.

EUR/USD ranging di TF Daily

Kenaikan matawang Euro sejak daripada tahun lepas banyak disumbangkan oleh pemulihan ekonomi Zon Eropah secara keseluruhan yang dibuktikan dengan data-data ekonomi yang memberangsangkan. Kenaikan EUR/USD dalam tempoh tersebut juga disokong oleh kelemahan US dollar itu sendiri yang banyak terkesan oleh faktor politik, polisi dan geopolitik di Amerika Syarikat. Bahkan kenaikan EUR/USD baru-baru ini juga banyak disokong oleh kelemahan greenback.

Apa yang mengurangkan potensi kenaikan matawang Euro baru-baru ini adalah komen ECB yang dovish. Potensi pengetatan polisi di Eropah ketika ini semakin berkurangan dan sebaliknya pula kebarangkalian kenaikan kadar faedah di Amerika semakin meningkat.

Untuk melihat pergerakan EUR/USD yang lebih jelas, harga perlu keluar daripada range (julat) semasa di mana ia memerlukan satu berita yang mampu menolak harga dengan lebih kuat.

Berita apa yang paling berpotensi memangkin EUR/USD?

Polisi monetari ECB adalah faktor utama yang dilihat akan menggerakkan matawang Euro lebih kuat. Penetapan polisi monetari yang seterusnya akan berlangsung seawal minggu hadapan iaitu pada Khamis (26 April) pukul 8.30 malam.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat