Analisis Fundamental Matawang CAD: Tumpu Kepada NAFTA dan Data Ekonomi

630

Jangkaan terhadap matawang Kanada adalah negatif berdasarkan analisis beberapa penganalisis pasaran matawang dunia. Asas ekonomi Kanada dilihat meleset secara beransur-ansur dalam tempoh suku tahunan ini.

Jangkaan pasaran terhadap Bank of Canada (BoC) terlalu tinggi dan risiko kepada ekonomi dan matawang CAD adalah berpunca daripada perjanjian NAFTA (North American Free Trade Agreement).

Jangkaan terhadap matawang CAD beransur negatif dengan data-data ekonomi yang bercampur-campur pada minggu lalu. Isu NAFTA terus menjadi faktor utama dengan rundingan masih lagi tergantung tanpa persetujuan yang meyakinkan pasaran.

Data penting inflasi, CPI pada April meleset daripada jangkaan berdasarkan data yang dikeluarkan pada minggu lalu. Sebelum ini data jualan runcit juga merekodkan bacaan yang meleset pada bulan Mac sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kemungkinan unjuran ekonomi Kanada yang meleset.

Dengan data-data yang meleset ini, pasaran percaya Bank of Canada akan memberikan panduan yang dovish kepada pasaran walaupun jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah adalah tinggi. Berdasarkan pasaran hadapan, BoC dijangka menaikkan kadar faedahnya pada Julai dan Oktober.

Kebarangkalian kenaikan kadar faedah pada Julai kini berada di sekitar 80% dengan Oktober pada paras 50%. Dengan kebarangkalian yang begitu tinggi, CAD dilihat hanya akan meneruskan kenaikan jika data-data ekonomi yang dikeluarkan selepas ini begitu memberangsangkan. Oleh itu, penganalisis seperti TD Securities menjangka CAD akan lebih mudah jatuh dengan data dan keadaan ekonomi yang negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat