Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (1 Julai 2019)

321

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 1 Ogos 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
  • Bank pusat menurunkan prospek ekonomi kepada sifar pada suku kedua tahun ini daripada anggaran sebelumnya sebanyak 0.2% pertumbuhan.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK kekal pada paras terendah sejak Oktober 1974 pada paras 3.8% pada tempoh tiga bulan sehingga April 2019.
  • Kadar inflasi di United Kingdom turun ke 2.0% tahun ke tahun pada Mei 2019 daripada paras tertinggi empat bulan pada bulan sebelumnya iaitu 2.1% dan selaras dengan jangkaan pasaran.

JANGKAAN: BEARISH GBP.

  • Pelabur gelisah berkenaan keupayaan Perdana Menteri yang baru untuk mengawal situasi pengunduran Britain tanpa perjanjian bersama Kesatuan Eropah.
  • Pertumbuhan KDNK dan pengeluaran industri Britain menguncup.
  • Kadar inflasi UK jatuh pada bulan Mei 2019.
  • Bank of England mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonominya.
  • Jangkaan terdapat kelemahan dalam tinjauan PMI perkilangan UK hari ini ekoran kejatuhan ketara dalam indeks CBI.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat