Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 8/8/2018

633

AUD dilihat mengukuh dengan penetapan dasar yang positif dan kenyataan daripada Reserve Bank of Australia (RBA) terhadap jangkaan KDNK(GDP) dan inflasi di Australia yang diunjurkan meningkat pada 2019.

AUD turut disokong oleh data imbangan dagangan (trade balance) China dari sektor import yang meningkat. USD masih dibelenggu dengan ketegangan isu geopolitik antara AS-Iran. Trump turut mengatakan sekatan terhadap Iran secara rasminya telah dilancarkan.

Dari segi teknikal, AUDUSD dilihat membuat kenaikan sejak semalam sehingga mencapai paras resistance sekitar zon harga 0.7440. Jika harga berjaya menembusi (breakout) pada paras resistance itu, harga berpotensi untuk meneruskan kenaikan sehingga paras harga 0.7500.

Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:

Paras support: 0.73850, 0.73527, 0.73252.
Paras resistance: 0.74448, 0.74723, 0.75046.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat