Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 9/8/2018

526

Matawang AUD terus mengukuh dengan data inflasi di China yang meningkat kepada 2.1% mengatasi jangkaan 2.0%. Sebelum ini pengukuhan AUD disokong oleh penetapan dasar monetari yang positif daripada RBA serta jangkaan data GDP dan inflasi yang turut positif. AUD/USD hari ini dilihat membuat kenaikan pada sesi Asia sehingga paras 0.74500 juga di atas faktor kelemahan USD yang masih bergelut dengan isu tarif antara AS-China yang semakin berlarutan.

Dari segi teknikal, AUD/USD semalam dilihat membuat sedikit penurunan ke paras 0.73830 sebelum melonjak semula ke paras resistance sebelumnya sehingga mencapai paras 0.74520 iaitu paras tertinggi untuk bulan Ogos. Namun harga dilihat membuat sedikit penurunan semula pada Khamis sehingga jam 4 petang ke paras 0.74140. Namun, AUD dilihat masih positif dan berpotensi untuk mencapai paras support bulan sebelumnya iaitu di sekitar 0.74800 atau berkemungkinan untuk naik lebih jauh.

Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:

Paras support: 0.73939, 0.73604, 0.73376.
Paras resistance: 0.74502, 0.74730, 0.75065.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat