Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 19/12/2018

248

Matawang dollar USD yang terus didagangkan merosot pada dagangan Selasa menjelang mesyuarat FOMC pad Khamis telah memberi peluang kepada matawang utama yang lain untuk terus mengukuh. Antara matawang yang mendapat manfaat adalah matawang GBP. Sterling dilihat meneruskan kenaikan nilai matawangnya pada dagangan semalam berikutan pasaran optimis melihat Perdana Menteri Britain Theresa May berusaha untuk meyakinkan bahawa beliau akan mendapat kelulusan di Parlimen dan mendapat sokongan untuk perjanjian Brexit. Dengan itu dapat diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sejak sesi pasaran Asia bermula sehingga melepasi paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun harga kembali menurun semula pada sesi pasaran New York hampir ke paras Magic Pivot semula.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga dilihat membuat kenaikan sejak permulaan sesi dan telah melepasi paras Magic Pivot 1.2649 hari ini namun dilihat bergelut untuk melepasi zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/USD sekitar 1.26700 dan kembali menunjukkan penurunan pada penghujung dagangan Asia. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga perlu melepasi zon SBR terlebih dahulu dan menguji paras resistance 1.2689 (MagicR1). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan menuju ke paras resistance pada 1.2745 (MagicR2) sebelum kenaikan lebih tinggi boleh mencapai paras ketinggian sehingga paras sekitar 1.2786 (MagicR3).

Namun jika Sterling kembali mengalami kejatuhan nilai, harga bakal membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot sebelum menuju ke paras support 1.2593 (MagicS1). Seterusnya harga perlu melepasi penurunan lebih rendah dari paras tersebut untuk menguji pula paras support pada 1.2552 (MagicS2) yang gagal dilepasi ketika harga membuat terjunan pada dagangan Jumaat lalu. Dan kemudiannya, dilihat zon support sekitar 1.2496 (MagicS3) bakal diuji harga jika harga kekal meneruskan penurunan pada chart GBP/USD.

Tumpuan pasaran hari ini akan terarah kepada data inflasi di Britain yang akan dikeluarkan jam 5.30 petang. Kekal mengikuti perkembangan Brexit untuk anda memantau perubahan nilai matawang Sterling dan dinasihatkan supaya anda mengawal dagangan menjelang mesyuarat FOMC awal pagi nanti. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan pada chart GBP/USD anda untuk mencari peluang paras-paras terbaik bagi posisi dagangan harian anda.

 

Paras support: 1.2593, 1.2552, 1.2496.

Paras resistance:  1.2689, 1.2745, 1.2786.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat