Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 13/8/2018

868

Permulaan yang baik buat matawang USD untuk minggu ini dengan jangkaan permintaan terhadap USD atas faktor kelemahan EURO serta matawang komoditi yang lain ekoran isu geopolitik Turki.

US dollar disokong oleh data-data yang positif pada minggu sebelumnya seperti pertumbuhan inflasi, perkembangan ekonomi serta sektor pekerjaan, djiangka USD akan meneruskan momentum positifnya.

Fokus pasaran semasa adalah terhadap ancaman krisis ekonomi di Turki yang membuatkan matawang CAD terkesan. Tambahan pula, terdapat risiko terhadap NAFTA dimana Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif automotif terhadap Kanada.

USD/CAD membuat kenaikan pada penghujung minggu lepas sehingga ke paras harga 1.3153 dan harga dilihat masih bergerak di sekitar paras tersebut semenjak sesi Asia pagi ini sehingga jam 4 petang. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras resistance terdekat di sekitar paras 1.31900, berkemungkinan harga mampu mencapai paras harga lebih tinggi sehingga 1.32800 atau lebih tinggi daripada itu.

Paras support: 1.30612, 1.29867, 1.29406.
Paras resistance: 1.31818, 1.32279, 1.33024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat