Analisis teknikal USD/CAD – Timeframe H4 – 17/1/2018

1,933

Jika diperhatikan di timeframe H4 dan Daily, secara teknikal momentum wave masih menunjukkan ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) manakala di timeframe weekly juga ia telah membentuk bearish pattern ‘three black grows’ yang menunjukkan potensi masih ke arah bearish.

Dijangkakan USD/CAD akan melakukan sedikit  retracement sebelum bearish. Dan jika breakout Key Support 1.2370 ini, USD/CAD akan bearish dan mencapai ke level support seterusnya iaitu 1.2314 atau lebih rendah ke 1.2250 bagi membentuk new LL.  Walaubagaimanapun, jika USD/CAD masih gagal untuk breakout Key Support ini ia berpotensi membentuk ‘double bottom’ dan akan mulai membuat kenaikan semula ke Key Resistance 1.2560.

Apapun, pergerakan USD/CAD ketika ini bergantung kepada pengumuman kadar faedah dan juga komen berkenaan NAFTA oleh Bank of Canada(BoC) pada jam 11 malam ini(waktu Malaysia). Jika BoC menaikkan kadar secara dasarkan matawang kanada akan menguat yang akan menyebabkan USD/CAD akan bearish dan jika kadar dikekal akan berlaku sebaliknya.

Bacaan lanjut : KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat