Anda Perlu Tahu Isu Yang Terselindung Disebalik Penurunan Ringgit!

117

Ringgit jatuh ke tahap paling rendah dalam tempoh 2 bulan berikutan penurunan harga minyak mentah. Selain itu, kontroversi yang melibatkan permintaan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad turut memberi impak buruk pada Ringgit.

Nilai Ringgit mula merosot setelah pasaran dibuka semula selepas bercuti sempena Aidiladha pada Isnin. Kebanyakan matawang di Asia melonjak termasuk won Korea Selatan berikutan komen Gabenor Fed, Lael Brainard yang melemahkan prospek kenaikan kadar sekali gus melemahkan nilai US Dollar. Namun, hal yang sebaliknya berlaku pada Ringgit Malaysia.

Dalam masa yang sama, penyusutan Brent mentah sebanyak 0.7% turut menambah tekanan kepada Ringgit.

Pun begitu, kerajaan Malaysia dilihat begitu yakin untuk menang dalam perbicaraan yang melibatkan syarikat 1MDB. Syarikat itu dikatakan sedang berhadapan dengan tuntutan dana kekayaan Abu Dhabi yang bernilai $6.5 billion

Menurut Stephen Innes, Senior Trader di Oanda Asia Pacific Pte di Singapura, Ringgit semakin terkesan dengan kelemahan pasaran minyak. Namun, risiko politik yang melibatkan syarikat 1MDB lebih merisaukan.

Ringgit menyusut 0.6% dan mencatat nilai yang paling lemah sejak 28 Jun lalu. Nilai ini mengambil kira harga dari bank-bank tempatan yang dikumpul di Bloomberg.

1MDB dan International Petroleum Investment Co. PJSC sedang dalam perebutan bagi tuntutan bayaran balik bon yang diterbitkan oleh syarikat Malaysia itu.

Dana Abu Dhabi menuntut bayaran yang bernilai $6.5 billion dan menyifatkan 1MDB gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap IPIC. Isu itu telah difailkan sejak Jun lalu di London Stock Exchange.

 

Artikel Ini Bakal Menambah Kerisauan Semua Penganggur di Malaysia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat