Anda Rasa Ucapan Malam Ni Hawkish ke Dovish? Ke Hambar Saja?

63

Sementara pasaran sedang menantikan ucapan daripada Pengerusi Federal Reserve malam ini, terdapat pakar yang mengatakan para pelabur dan trader akan kecewa dengan ucapannya.

Setelah mendengar pelbagai kenyataan berbunyi hawkish daripada pegawai Fed yang lain, pasaran masih menantikan ucapan malam ini.

Terdapat penganalisa memberitahu yang Yellen mungkin akan mengelak daripada memberi kenyataan yang berkaitan dengan kenaikan interest rate dan dasar kewangan.

Mereka menyenaraikan 2 sebab Yellen mungkin akan mengelak daripada membuat kenyataan berkaitan.

  1. Tajuk ucapan, “Peralatan Dasar Kewangan Federal Reserve”

Ahli ekonomi daripada Bank Merril Lynch memberitahu, “Kami tidak menjangkakan malam ini Yellen akan bercakap mengenai bila waktunya akan berlaku kenaikan rate”.

Sementara itu Pengarah Pengurusan Aset JP Morgan, Priscilla Hancock berkata, “Pasaran mahukan penjelasan mengenai dasar kewangan namun mungkin akan kecewa”.

  1. Fed memberi tumpuan kepada inflasi

Morgan Stanley pula memberitahu “inflasi adalah kunci kepada kenaikan interest rate, jadi fokus utama malam ini mungkin mengenai inflasi”

Apa-apa pun kita nantikan malam ini pukul 10 apakah ucapan daripada Yellen. Adakah dovish atau hawkish?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat