Angkara BOC, Loonie Terbang Lebih Tinggi

278

Dolar Kanada mengukuh di paras tertinggi hampir tiga tahun berbanding pesaing utamanya, US dolar selepas Bank of Canada (BOC) memutuskan untuk tidak memotong kadar faedah pada mesyuarat polisinya malam tadi.

BOC menetapkan kadar faedah di tahap terendah 0.25% dan berjanji untuk terus menyokong ekonomi dengan program pelonggaran kuantitatifnya.

Pembuat dasar juga menerbitkan unjuran yang lebih baik untuk tahun 2022 berikutan pelancaran vaksin Covid-19, pelaksanaan rangsangan fiskal, permintaan asing yang lebih kuat dan harga komoditi yang tinggi.

Berikutan unjuran lebih baik daripada bank pusat, ini telah mendorong pengukuhan buat dolar Kanada yang turut disokong oleh kelemahan dolar greenback.

Loonie nampaknya tidak terkesan selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden secara rasmi mengumumkan bahawa beliau menarik balik kelulusan untuk saluran paip Keystone XL Kanada.

Ini mungkin disebabkan para pelabur telah mengetahuinya terlebih dahulu melalui laporan yang dikeluarkan dua hari sebelum pentadbiran Biden mengambil alih White House.

Pembatalan ini adalah kali kedua dilakukan, di mana sebelum ini pentadbiran Barack Obama telah membatalkan projek bernilai $ 8 bilion itu pada tahun 2015. Pada tahun 2017, bekas Presiden Donald Trump telah menyambung semula projek tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat