Angkara El Salvador, Algorand (ALGO) Memecut Bak Usain Bolt!

851

Algorand adalah salah satu daripada beberapa matawang digital yang menunjukkan kadar pertumbuhan positif dalam 24 jam terakhir.

Dengan had pasaran lebih dari $10 bilion, Algorand adalah antara 20 matawang teratas di dunia. Koin Algo mempunyai jumlah dagangan 24 jam lebih dari $4 bilion dan telah menyaksikan kenaikan hampir 50% dalam tempoh yang sama.

Algo menunjukkan kenaikan lebih daripada 50% dari nilai yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, Algorand masih belum mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) $3.28 pada 21 Jun 1019.

Antara faktor yang menyokong pergerakan harga terus melonjak iaitu negara El Salvador telah bekerjasama dengan Koinbanx untuk memanfaatkan infrastruktur blokchain kerajaan diatas teknologi Algorand.

Syarikat tokenisasi aset Amerika Latin dan syarikat infrastruktur kewangan Blockchain, mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan pemerintah El Salvador, sebuah negara berdaulat yang menggunakan dolar AS dan Bitcoin untuk mengembangkan infrastruktur blockchainnya di atas teknologi Algorand.

Selanjutnya, melihat kepada carta ALGO/USDT.

Sewaktu artikel analisa Algo dikeluarkan pada Jun lalu, Algo didagangkan di atas paras harga $1.0, secara konsistennya Algo telah menghasilkan hampir 120% lonjakan mencapai paras tertinggi $2.19 pada sesi dagangan hari ini.

Dari sudut teknikal, ALGO dilihat masih kekal dengan pergerakan positif dan sedang berusaha untuk menuju kembali ke zon resistance $2.1.

Untuk jangkaan seterusnya, jika Algo kekal dengan pergerakan positif, zon resistance $2.1 bakal diuji semula sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika pergerakan harga Algo tidak berjaya mengekalkan pergerakan positif, zon RBS (resistance become support) $1.9 bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, Algo didagangkan pada paras harga $2.0 melonjak lebih 23% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-17 dalam carta kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto ALGO/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat