Angkara Powell, USD Lemah!

852

Dolar Amerika merosot ke paras terendah sejak November selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberitahu ia mungkin mengambil masa untuk mula kurangkan kunci kira-kiranya (balance sheet).

Ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat pada sesi sebelum ini, Powell mengakui bahawa ekonomi sedang berkembang dengan pantas dalam beberapa tahun, sementara pasaran buruh pula semakin kukuh.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa Fed akan menghalang inflasi yang lebih tinggi daripada terus menular dalam ekonomi Amerika Syarikat.

Namun, tidak seperti yang digambarkan dalam laporan minit mesyuarat FOMC baru-baru ini, Powell memberitahu bahawa pengurangan dalam balance sheet mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, sekali gus meredakan jangkaan untuk pengurangan (tapering) yang lebih agresif daripada Fed.

Kenyataan yang kurang hawkish ini telah mendorong dagangan dolar greenback untuk lebih lemah, dengan indeks dolar didagangkan lebih rendah pada 95.60 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada penerbitan data inflasi AS untuk menjadi penggerak seterusnya dalam pasaran.

Sementara itu, mata wang pound dilihat terus mencatat peningkatan lebih tinggi di paras tertinggi dua bulan, dengan didagangkan pada sekitar harga 1.36300 berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat