Apa Bakal Terjadi Pada Dagangan EUR/USD Menjelang NFP?

1,105

Penganalisis pasaran kekal melihat US dolar akan paparkan prestasi yang lemah dengan risiko ekonomi Amerika Syarikat (AS) bergelut untuk menuju ke arah pemulihan selain berdepan gelombang terbaru pandemik.

Selain itu, kedua-dua pihak di antara Republik dan Demokrat masih gagal mencapai kesepakatan dan rundingan berkenaan langkah rangsangan ekonomi yang kritikal untuk menyelematkan ekonomi AS daripada terus lumpuh.

Namun, tumpuan lebih utama untuk dagangan penghujung minggu ini adalah laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada awal sesi New York sebentar lagi. Angka bacaan dijangka merosot ditambah lagi susulan laporan data ADP untuk pekerjaan sektor swasta turut mencatatkan peningkatan yang lemah.

US dolar pada dagangan semalam dilihat pamerkan pengukuhan pada awal sesi New York namun kembali bergerak lemah semula sehingga sesi berakhir.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD menguji paras rintangan 1.19000 dua hari berturut-turut namun masih gagal melepasinya.

Harga turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga namun kembali membuat kenaikan semula memberi isyarat bahawa trend masih kekal bullish. Namun pelabur berwaspada menjelang laporan data NFP.

Pergerakan harga akan diperhatikan sama ada harga mampu menembusi resistance 1.19000 pada hari ini. Jika paras tersebut berjaya ditembusi, harga berkemungkinan menuju paras 1.20000 untuk mencapai paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan terhampir adalah dilihat pada 1.17000 yang akan dituju harga sebelum membuat keputusan pergerakan selanjutnya.

Pergerakan harga bakal bergelora pada sesi New York yang sedang dinantikan oleh pelabur terhadap laporan data NFP AS kali ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat