Apa Jadi Pada Harga Emas? Kenapa Merosot?

1,534

Harga emas susut pada awal sesi Asia berikutan jangkaan yang meningkat terhadap pemulihan global lebih cepat telah mengangkat permintaan terhadap aset berisiko, dengan penurunan US dolar dan hasil bon menghadkan kerugian logam berharga itu.

Namun begitu, walaupun terdapat jangkaan pemulihan yang lebih kuat dari kemelesetan yang disebabkan Covid-19, namun data juga menunjukkan bahawa infasi semakin meningkat dan ini telah memberi lebih sokongan buat dagangan emas sebagai pelindung nilai kepada inflasi.

Spot emas merosot 0.2% ke sekitar harga $1,876 per auns pada sesi Asia, masih gagal untuk menembusi sasaran harga $1,900 setelah berulang kali mencuba.

Meskipun susut, namun logam kuning itu kekal didagangkan menguat di sekitar paras tertinggi empat bulan berikutan dagangan US dolar dan hasil bon yang terus melemah.

Hasil bon AS 10 tahun terus menyusut ke paras terendah 2 minggu pada tahap 1.60% setelah pegawai Fed mengatakan sokongan mereka untuk mengekalkan dasar monetari walaupun inflasi meningkat lebih tinggi.

Ini sekali gus menyebabkan dagangan US dolar terus lemah berbanding pesaing utamanya dengan didagangkan di tahap terendah hampir 4 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat