Apa Jangkaan Untuk EUR/USD Hari Ini, Melonjak Atau Menjunam?

669

Tumpuan utama pasaran pada hari ini terarah pada persidangan ekonomi di simposium Jackson Hole yang melibatkan ramai ahli-ahli ekonomi dan kewangan, gabenor, Menteri kewangan dari ramai negara seluruh dunia.

Namun, pelabur akan memberi perhatian terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang dijangkakan akan memberikan petunjuk bagi rangka kerja baru polisi monetari.

US dolar bergerak lemah dalam pasaran berikutan kewaspadaan pelabur di samping sentimen pasaran yang semakin pulih ekoran perkembangan hubungan AS-China yang turut mendorong penyusutan US dolar.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga menunjukkan penurunan sehingga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun selepas turun menguji zon support pada julat 1.17800-1.18000, harga kembali melonjak semula lebih 60 pips sehingga melepasi paras sokongan MA50.

Dengan jangkaan untuk US dolar terus bergerak lemah, harga bakal meneruskan kenaikan menuju paras tumpuan 1.19000 dan juga paras rintangan minggu lalu sekitar 1.19600.

Namun jika ucapan Powell kembali memberikan sokongan untuk US dolar mengukuh, harga bakal menjunam lebih rendah dari zon support semalam dan juga paras terendah minggu lalu.

Zon support pada 1.17200 akan menjadi destinasi tumpuan harga pada penurunan selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat