Kerajaan India mempunyai cita-cita baru dan mereka ingin menjadi seperti China dengan mengeluarkan produk “Made In India” mereka sendiri.
Penghalang kepada cita-cita besar India buat masa ini adalah infrastruktur mereka yang kurang baik. Kekurangan dari segi infrastruktur telah mengganggu sehingga 5% GDP mereka dan pembaharuan dilihat dapat menggalakkan persaingan dalam eksport. Selain daripada India, China yang dianggap sebagai pengeksport terbesar juga berhadapan dengan masalah infrastruktur.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dilihat sebagai reformasi cukai secara tidak langsung terbesar di negara bakal memberi rangsangan kepada sektor logistic dan pembuatan yang juga berkait rapat dengan infrastruktur.
Buat masa ini, sektor pengangkutan pula berhadapan dengan masalah kekangan kapasiti dan memerlukan pengawalan yang lebih baik. Kelebihan dapat diperoleh jika terdapat kestabilan dari segi pengawal bebas, mekanisma pertikaian – penyelesaian sesuai dan dasar yang menyokong serta menyeluruh.
Pakar analisis S&P Global Ratings Credit iaitu Abhishek Dangra juga menyebut kelebihan yang bakal diperoleh sektor pengangkutan melalui contoh dalam sektor tenaga. Ini kerana pengawalan yang lebih baik telah memberi pulangan lumayan kepada sektor tenaga dan dijangka akan berlaku lebihan tenaga pada tahun 2016 – 2017.
Jika kerajaan bersedia untuk melabur dalam sektor pengangkutan sekalipun, pelaksanaan adalah satu isu yang lain pula. Walaupun kerajaan sedang meningkatkan perbelanjaan, beban hutang yang berat mungkin akan menghalang cita-cita mereka dari menjadi kenyataan. Dengan dana yang agak ketat, penyertaan sektor swasta dianggap dapat membantu dalam misi mempertingkatkan sektor pengangkutan.
Berdasarkan pemerhatian, pertumbuhan pendapatan dijangka akan naik dalam masa 2 ke 3 tahun melalui kenaikan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama meningkatkan juga ekonomi domestik.