Apa Pelabur Perlu Tahu Sebelum Trade Di Awal Minggu?

794

Dolar Amerika meraih sokongan pada permulaan dagangan awal minggu dengan diniagakan meningkat berbanding kebanyakan matawang utama ketika peningkatan berterusan kes Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat serta kurangnya kemajuan terhadap pakej rangsangan membuat para pelabur berhati-hati.

Amerika Syarikat telah merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi selama dua hari berturut-turut, sementara Itali memperketatkan lagi sekatan dengan memerintahkan restoran dan bar ditutup pada jam 6 petang.

Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi mengatakan pada hari Ahad bahawa dia mengharapkan tindak balas daripada White House pada hari Isnin mengenai rancangan perbelanjaan rangsangan terbaru.

Euro mempamerkan penyusutan pada sesi Asia selepas ditutup hampir di paras ketinggian satu bulan pada Jumaat, disokong oleh data pembuatan yang memberangsangkan sementara sektor perkhidmatan pula terus melemah pada Oktober.

Antara yang menjadi tumpuan minggu ini adalah mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangkakan secara meluas akan melonggarkan dasar monetari sebelum akhir tahun ini berikutan impak gelombang kedua terhadap ekonomi Eropah.

Sementara itu, tidak ada perubahan dalam dasar monetari yang dijangkakan dari Bank of Japan (BOJ) dan Bank of Canada (BOC), tetapi BOJ mungkin akan menurunkan penilaian ekonominya.

Pound sterling juga susut setelah ditekan oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan, sementara ketidakpastian mengenai rundingan Brexit turut mempengaruhi kemerosotan matawang itu.

Di sisi lain, dolar Aussie dan dolar kiwi turut memaparkan penyusutan berbanding USD pada sesi Asia, namun kekal didagangkan menguat setelah ditutup lebih tinggi pada sesi dagangan Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat