Apa Sudah Jadi Dengan USD? Negara-Negara Besar Membantah Tindakan Trump

1,703

Pasti ramai terkejut dengan kejatuhan US dolar semalam dengan sentimen USD sebelum ini begitu positif terutamanya selepas ucapan pengerusi Fed yang baru pada Selasa. Sememangnya selepas ucapan Jerome Powell pada Selasa, sentimen begitu baik kepada matawang USD di mana pasaran semakin yakin The Fed akan menaikkan kadar faedah sehingga empat kali pada tahun ini.

Namun sentimen positif itu sedikit terganggu dengan tindakan terbaru Presiden Trump yang menambah kebimbangan pasaran terhadap ‘risiko perang perdagangan’ antara negara-negara besar dunia.

Trump pada Khamis mengumumkan secara rasmi akan mengenakan tariff kepada import keluli dan aluminium masing-masing pada kadar 25% dan 10%. Yang paling banyak terkesan adalah CAD (dolar Kanada) kerana Kanada adalah pengeksport terbesar keluli ke Amerika Syarikat. Sememangnya terdapat kesan kepada kejatuhan CAD sejak pukul 1 pagi Jumaat sehingga pukul 2 pagi yang jelas dilihat pada pair USD/CAD.

Namun, selepas itu bermula pada pukul 3 pagi Jumaat, sentimen berisiko tercetus apabila pasaran bimbang dengan tindakan itu yang berpotensi menyebabkan ‘perang perdagangan’ negara-negara utama dunia termasuk China, Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun. Kebimbangan pasaran semakin meningkat apabila beberapa negara terutamanya Kanada juga akan membuat perkara yang sama terhadap import barangan Amerika ke negara mereka.

Hal ini, seterusnya diterjemahkan ke dalam pasaran forex yang menyebabkan kemasukan pelabur kepada aset ‘safe-haven’ seperti Yen, Swissy dan emas. Jelas dilihat sejak pukul 3 pagi Jumaat Emas membuat kenaikan, dengan USD/JPY semakin membuat penurunan. Dalam masa yang sama juga US dolar tertekan kerana kebimbangan pasaran terhadap tindakan Amerika Syarikat yang terlalu ‘protectionist’ (terlalu menjaga ekonomi mereka).

Risiko terbaru ini bukan sahaja menyebabkan pasaran forex terkesan, malahan pasaran saham terutamanya Wallstreet. Jika anda lihat 3 indeks saham utama di Amerika Syarikat membuat penurunan yang banyak dengan S&P500 dan Dow Jones masing-masing susut sehingga 1.33% dan 1.68%.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat