Apa Trader Perlu Tahu Menjelang Sesi Pasaran New York

609

Dagangan matawang utama meningkat, disokong oleh harapan terhadap pemulihan ekonomi global susulan penerbitan data dari Asia yang memberangsangkan ketika kebimbangan terhadap kebangkitan semula wabak coronavirus di seluruh dunia turut menghimpit sentimen pasaran.

Jepun melaporkan pertumbuhan sebanyak 5% pada suku ketiga tahun ini, menandakan ekonomi ketiga terbesar dunia itu berjaya keluar daripada kemelesetan akibat pandemik Covid-19.

Turut menambah keyakinan pasaran adalah penerbitan data China yang menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran perindustrian pada kadar yang lebih cepat daripada dijangkakan pada bulan Oktober.

Dolar Aussie dan dolar New Zealand memanfaatkan laporan positif ini dengan diniagakan meningkat.

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang disokong oleh China dan ditandatangani oleh 15 ekonomi Asia Pasifik pada hari Ahad turut membantu meningkatkan sentimen terhadap matawang Asia, dengan harapan perdagangan yang terjejas disebabkan pertikaian AS-China, bertambah baik.

Sementara itu, US dolar terus mencatatkan penyusutan lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama sehingga ke awal sesi pasaran Eropah di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap ekonomi AS akibat peningkatan berterusan kes Covid-19 di negara itu.

Menyusuli penurunan dolar greenback, matawang euro didagangkan stabil di sekitar paras harga 1.1850.

Matawang pound cuba bertahan untuk kekal didagangkan di atas paras harga 1.3200 ketika rundinagan perdagangan Brexit terus mendapat perhatian pasaran yang mengharapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kesepakatan sebelum tarikh akhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat