Ekonomi Jepun Berjaya Melonjak Keluar Dari Kemelesetan

895

Ekonomi Jepun dilaporkan mengalami pertumbuhan sebanyak 5% pada suku ketiga tahun ini.

Negara Matahari Terbit itu menyaksikan ekonominya menyusut pada suku sebelumnya iaitu 8.2% selepas sektor pembuatan dan perbelanjaan pengguna terjejas akibat pandemik Covid-19.

Namun data yang dikeluarkan hari ini menunjukkan Jepun menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Ekonomi Asia kini memimpin pemulihan ekonomi global yang disifatkan oleh penganalisis sebagai ‘Zoom boom’. Istilah itu merujuk kepada peningkatan permintaan untuk skrin komputer dan komputer riba kerana pertambahan orang bekerja dari rumah serta menggunakan platform mesyuarat dalam talian seperti Zoom.

Ekonomi Asia adalah antara pengeluar komputer riba terbesar, peralatan komunikasi dan barangan elektronik yang lain. Kenaikan permintaan domestik dan eksport telah membantu mendorong pertumbuhan ekonomi di Jepun.

Selain itu, Jepun turut memperkenalkan dua pakej rangsangan bernilai kira-kira AS$2.2 trilion, termasuklah pembayaran tunai kepada isi rumah dan pinjaman perniagaan kecil.

Rantau ini juga mendapat lonjakan selepas perjanjian perdagangan bertaraf mega, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang ditandatangani pada hujung minggu lalu. Antara negara yang terlibat adalah China, Korea Selatan, Australia dan Singapura.

China kekal berada pada landasan untuk memulihkan ekonominya sebanyak hampir 2% tahun ini berbanding mana-mana ekonomi utama dunia. Vietnam juga dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak 1.6%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat