Apakah Maksud Kadar Tukaran Usd/Chf 1.0000 ?

313

Semasa artikel ini ditulis matawang US dolar berbanding Swiss Franc (CHF) berada dalam keseimbangan dengan kadar dalam julat 1.0000. Jarang sekali pasaran matawang menyaksikan kadar tukaran berada dalam situasi keseimbangan seperti ini.

Hal ini bermakna jika seorang warganegara Amerika ingin melancong ke Switzerland dia akan menikmati nilai wang yang sama seperti jika dia berbelanja di Amerika dengan kadar tukaran 1 USD sama dengan 1 Swiss Franc.

Dalam analisis makroekonomi, bagi membandingkan taraf hidup atau produktiviti antara dua negara berlainan adalah agak kompleks. Namun kita mempunyai satu petunjuk ekonomi yang boleh digunakan untuk menilai perbandingan ini yang dipanggil sebagai Purchasing Power Parity.

Dalam teori Makroekonomi keseimbangan antara USD dan Franc ini dipanggil sebagai Purchasing Power Parity (PPP).

PPP adalah teori yang membandingkan nilai matawang dua negara melalui pembelian barang-barang. Menurut teori ini dua matawang ini (USD dan Swiss Franc) berada dalam keseimbangan apabila harga barang adalah sama di kedua-dua negara.

Usd/Chf parity seperti dalam rajah di bawah.

Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Setiap tiga tahun, Bank dunia akan mengeluarkan laporan yang membandingkan pelbagai negara-negara dari segi PPP dan nilai USD.

International Monetary Fund (IMF) dan OECD menggunakan petunjuk PPP ini untuk membuat jangkaan dan mengesyorkan polisi.

Ada juga trader forex yang menggunakan teori ini untuk menentukan nilai sesuatu matawang dengan andaian harga sesuatu barang adalah sama di kedua-dua negara dengan mengambil kira kadar inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat