Apple Lancar Kad Kredit “Apple Card”

250

Sebelum ini syarikat Apple terkenal dengan produk peranti canggih yang telah wujud di pasaran lebih daripada 10 tahun. Kali ini Apple melakukan perubahan dengan menampilkan produk terbaharu mereka iaitu kad kredit.

Kad kredit yang dikenali sebagai “Apple Card” ini telah tersedia kepada beberapa pelanggan yang terpilih Selasa lalu dan akan berada di pasaran penghujung bulan ini. Bank terkemuka di AS, Goldman-Sachs menjadi bank sandaran bagi produk ini.

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada “Apple Card” ialah sistem pendaftaran yang sangat mudah. Pengguna hanya perlu buka applikasi “Apple Wallet” pada peranti iPhone, tekan tab pendaftaran “Apple Card”, masukkan maklumat yang diperlukan dan siap.

Proses ini hanya mengambil masa beberapa minit dan pihak Apple tidak akan mengumpul maklumat yang telah diisi. Ia hanya digunakan oleh pihak bank bagi menentukan sama ada pengguna itu layak atau tidak untuk memohon. Setelah permohonan lulus, ianya boleh terus digunakan tanpa perlu menunggu kad fizikal.

Dengan menggunakan bahan titanium serta ukiran laser pada kad menjadikan ianya sesuatu yang berbeza daripada syarikat lain. Kad ini juga ringan walaupun diperbuat daripada logam.

Dalam pada itu, pihak Apple telah meningkatkan sistem keselamatan pada kad tersebut. Tiada lagi sebarang nombor pada kad kerana pihak Apple bimbang berlakunya penduaan pada nombor kad. Setiap transaksi hendaklah menggunakan “Face ID” atau “Touch ID” bagi mengesahkan pembelian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat