AS Dalam Bahaya, Biden Masih Gagal Selesaikan Isu Siling Hutang!

459

Berbaki lebih kurang 3 minggu sahaja lagi, Amerika Syarikat mempunyai masa untuk menyelesaikan isu siling hutang (debt ceiling) untuk mengelak daripada mengalami default’.

Namun, pertemuan antara Presiden Joe Biden dan penggubal dasar Republikan pada hari Selasa hanya melihatkan sedikit kemajuan dalam isu tersebut.

Semasa perbincangan tersebut, Biden telah menggesa penggubal dasar supaya bersetuju untuk menaikkan had pinjaman tanpa meletakkan apa-apa syarat.

Pun begitu, Speaker Dewan Republikan Kevin McCarthy menegaskan dewannya tidak akan meluluskan sebarang perjanjian tanpa mengurangkan perbelanjaan untuk menangani defisit belanjawan yang semakin tinggi.

Sebelum ini, Republikan telah meluluskan rang undang-undang di Dewan untuk menaikkan siling hutang sebanyak $1.5 trilion tetapi menuntut $4.8 trilion dalam pemotongan perbelanjaan kerajaan.

Namun, memandangkan ia akan menyekatkan kepentingan Demokrat, parti pimpinan Presiden Joe Biden itu enggan merundingkan pemotongan perbelanjaan.

Hal ini secara tidak langsung sebagai ‘senjata’ yang digunakan oleh Republikan untuk menekan Biden untuk bersetuju dengan cadangan tersebut.

Berbalik kepada pertemuan tersebut, Biden bagaimanapun bersedia untuk memulakan perbincangan berasingan mengenai belanjawannya.

Selain itu, beliau juga tidak menolak untuk menggunakan Pindaan Ke-14 Perlembagaan AS untuk memastikan kerajaan boleh terus membayar bilnya dan mengelakkan default.

Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk berjumpa lagi pada hari Jumaat bagi perbincangan lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat