AS Tidak Seharusnya Mencampuri Dasar Fiskal dan Monetari Jepun : Akira Amari

72

Bekas Menteri Ekonomi Jepun, Akira Amari berkata pada Isnin bahawa Jepun dan Amerika Syarikat seharusnya perlu mengelakkan sebarang perjanjian yang boleh mengganggu dasar fiskal dan kewangan masing-masing apabila memulakan rundingan ekonomi pada bulan depan.

Amari, yang mengetuai pasukan perunding Jepun untuk perjanjian TPP mengatakan bahawa kedua-dua negara perlu menjalankan perbincangan sambil meneliti ke arah pasaran pesat membangun dan dunia secara keseluruhannya.

Trump dan Abe telah bersetuju pada bulan lepas untuk melancarkan dialog ekonomi bagi kedua-dua negara bagi membincangkan isu perdagangan dan pelaburan infrastruktur. Komen agresif Trump sebelum ini terhadap tuduhan Jepun sebagai memanipulasi matawang mendapat perhatian negara terbabit. Jepun juga ingin menggunakan medium berkenaan bagi mencari jalan terbaik demi mengelakkan sebarang pergeseran.

Amari juga memberitahu Reuters bahawa sesebuah negara tidak seharusnya mencampuri urusan negara lain terutamanya yang berkaitan dengan dasar fiskal dan kewangan Jepun.

Sentimen Pasaran yang Agak Berisiko Memberi Manfaat Kepada Emas

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat