Sentimen Pasaran yang Agak Berisiko Memberi Manfaat Kepada Emas

44

Harga emas meningkat pada Isnin selepas Korea Utara menggegarkan pasaran dengan anggaran pelancaran empat buah peluru berpandu. Beberapa peluru berpandu tersebut juga telah dikatakan mendarat di Jepun selepas terbang kira-kira 1,000 km (620 batu).

Dalam masa yang sama, emas bagi penghantaran April meningkat sebanyak 0.62 peratus di Comex. Bagi dagangan logam lain, niaga silver telah kembali pulih dan didagang melonjak sebanyak 0.83 peratus kepada $17,888 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, niaga copper futures menjunam 0.63 peratus kepada $2.691 sepound.

Pada hujung minggu yang lalu, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah merangka kursus ekonomi yang berhati-hati untuk China disamping meletakkan pertumbuhan pada paras sederhana bagi mengekang risiko kewangan. Ekonomi kedua terbesar dunia itu juga telah meletakkan jangkaan sebanyak 6.5 peratus pada tahun 2017, tidak jauh dari jarak pertumbuhan sebenar yang dicatat sebanyak 6.7 peratus bagi tahun 2016.

Li juga berkata, Beijing masih mengekalkan sasaran inflasi pada paras 3 peratus pada tahun 2017, tidak berubah daripada sasaran tahun lepas.

Minggu lepas, harga emas jatuh mendadak selepas jangkaan terhadap kenaikan kadar pada bulan Mac semakin dinilai meningkat.

Pengerusi Fed, Janet Yellen juga berkata pada Jumaat bahawa kenaikan kadar dinilai meningkat jika ekonomi kekal berada pada landasan yang betul. Kenyataan ini secara tidak langsung juga mengukuhkan pandangan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat 14 hingga 15 Mac nanti disamping beberapa siri komen agresif oleh pegawai Fed pada minggu yang lalu.

Pasaran juga meletakkan jangkaan hampir 80 peratus terhadap prospek kenaikan kadar pada bulan Mac.

Pengganti Program Obama Care dijangka Akan Diumum Minggu Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat