Pengganti Program Obama Care dijangka Akan Diumum Minggu Ini!

40

Penggubal undang-undang parti Republik dijangka akan mengumumkan undang-undang yang akan memansuhkan penjagaan kesihatan Obamacare pada minggu ini. Perkara itu disampaikan oleh pembantu kanan Kongres Republik pada Ahad.

Sejak mengambil alih pada Januari lalu, Trump telah memberi tekanan kepada ahli Kongres untuk segera menghapuskan Affordable Care Act dan meluluskan rancangan yang akan menggantikannya.

Dalam masa yang sama, parti Demokrat kekal memberi amaran bahawa tindakan Republik dalam mengubah keseluruhan undang-undang penjagaan kesihatan Amerika Syarikat akan menimbulkan huru-hara. Trump sebelum ini mengkritik undang-undang tersebut dan menganggapnya sebagai bencana.

Menurut sumber, mesyuarat mengenai akta tersebut juga telah berjalan dengan lancar serta melibatkan Speaker Dewan Rakyat, Paul Ryan, Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia, Tom Price dan lain-lain.

Pembantu undang-undang tersebut yang tidak ingin dikenali juga menyifatkan bahawa segala proses berjalan dengan lancar. Mereka juga dalam masa yang sama menjangkakan bahawa pengumuman mengenai undang-undang tersebut akan dibuat pada minggu ini.

Obama Care telah mendapat sambutan oleh kebanyakan rakyat Amerika kerana undang-undang tersebut telah membolehkan 20 juta rakyat mendapat manfaat insurans.

Ini Punca Yang Menyebabkan Kemerosotan Dagangan Komoditi Hitam Hari Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat