AUD/USD Bakal Teruskan Penurunan Lebih Rendah Jika Sentimen Pasaran Kekal Berisiko

594

Matawang komoditi seperti dolar Australia dan New Zealand bergerak lemah dalam pasaran berikutan kebimbangan terhadap gelombang kedua Coronavirus semakin meningkat.

Sesi Asia pada Khamis melihatkan tekanan buat dagangan dolar Aussie susulan laporan data pekerjaan Australia diterbitkan dengan bacaan kurang memberangsangkan.

Ekonomi Australia masih mencatatkan kehilangan pekerjaan yang tinggi dengan angka -227,700 untuk bulan Mei, sedikit rendah berbanding angka pada bulan April.

Sementara kadar pengangguran Australia pada bulai Mei melonjak ke paras tertinggi sejak Oktober 2001 iaitu pada 7.1%, lebih tinggi berbanding jangkaan peningkatan 6.9%.

Pada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga telah membuat penurunan pada sesi Asia sekitar 50 pips hampir mencecah paras 0.68300.

Namun harga kembali menunjukkan kenaikan semula pada dagangan sesi Eropah dengan harga menguji paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.

Kenaikan harga akan cuba melepasi paras 0.69000 pada zon SBR (support become resistance) sebelum menguji paras tertinggi mingguan pada 0.69750 ketika lonjakan harga di awal minggu.

Sekiranya harga membuat penurunan, paras 0.68300 akan diuji sebelum harga yang berjaya tembusi zon tersebut akan menuju ke paras tumpuan seterusnya pada sekitar 0.66800.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data tuntutan faedah pengangguran US yang akan diterbitkan pada sesi New York dan akan mempengaruhi pergerakan matawang US dolar sementara sentimen pasaran semasa terus dipantau.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat