AUD/USD Gagal Tembus Rintangan 0.71800, Harga Bakal Turun Lebih Rendah?

683

Kenaikan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD dilihat gagal melepasi paras resistance 0.71800 pada zon SBR (support become resistance).

Walaupun sentimen pasaran semakin dipulihkan dengan perkembangan baik penghasilan vaksin Coronvirus, namun matawang komoditi khususnya dolar Aussie gagal mengekalkan pengukuhan dalam pasaran.

Ekonomi Australia kini terkesan dengan gelombang terbaru virus khususnya di Victoria sehingga menyebabkan penutupan kawasan tersebut. Hal ini turut membimbangkan bank pusat Australia dalam menetapkan polisi monetari yang terbaik dalam berdepan krisis ekonomi.

Pada sesi Asia hari ini, dagangan dolar Ausie dipengaruhi oleh data ekonomi China yang kurang memberangsangkan diterbitkan sebentar tadi. Pengeluaran perindustrian statik gagal mencapai peningkatan seperti yang dijangkakan.

Penurunan harga semalam pada carta AUD/USD telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan 1 jam harga yang memberi isyarat trend bearish.

Penurunan berterusan bakal menguji paras terendah mingguan pada 0.71100 sebelum menuju pula ke zon support 0.70800.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, zon SBR pada 0.71800 akan diuji sebelum harga membuat keputusan untuk pantul turun semula atau teruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya bakal kembali menuju semula ke zon resistance pada 0.72400 yang diuji pada dagangan minggu yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat