AUD/USD Gagal Teruskan Penurunan Selepas Minit Mesyuarat RBA Diterbitkan

393

Dagangan dolar Australia pada awal sesi pasaran Asia menunjukkan penyusutan menjelang minit mesyuarat bank pusat Australia diterbitkan.

Namun, setelah minit diterbitkan matawang dolar Aussie dilihat tidak memberi reaksi yang ketara dengan pergerakan harga lebih mendatar.

Bank pusat Australia (RBA) menjangkakan bahawa ekonomi Australia akan mengalami kejatuhan sehingga September berikutan krisis Coronavirus yang melanda.

Pakej rangsangan yang dilaksanakan dilihat berkemungkinan tidak mampu menyokong perbelanjaan pengguna ekoran penutupan aktiviti ekonomi.

Gabenor Philip Lowe dalam kenyataannya memberitahu kadar faedah yang rendah bakal dikekalkan untuk tempoh yang lebih lama.

Sentimen pasaran yang berisiko juga dilihat tidak memihak kepada dagangan Aussie dalam waktu terdekat ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD menujukkan penurunan sedikit rendah berbanding pergerakan mendatar harga pada permulaan minggu.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga meneruskan penurunan pada awal sesi Asia hari ini menguji paras penting pada 0.6300.

Namun, penurunan harga dilihat agak terbantut dengan harga mula pamerkan kenaikan sehingga awal sesi Eropah bermula.

Harga berkemungkinan akan menyambung semula penurunan lebih rendah melepasi paras 0.6300 dan cuba untuk melepasi paras terendah dagangan minggu lalu sekitar 0.6270.

Penurunan seterusnya akan menguji zon RBS (resistance become support) di paras 0.6200.

Sebaliknya jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi halangan dinamik MA50, harga akan menguji paras ketinggian semalam hampir menyentuh 0.6400.

Seterusnya paras resistance pada ketinggian 0.6440 yang gagal ditembusi Ketika diuji pada kenaikan harga minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat