AUD/USD Pamerkan Corak Penurunan Pada Dagangan Penghujung Minggu

709

Sentimen pasaran kembali berisiko memberi kelebihan pada dagangan matawang safe-haven sementara matawang komoditi pula mula bergerak lemah untuk menutup dagangan pada minggu ini.

Ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China semakin meningkat dan membuatkan pelabur mula beralih tumpuan terhadap aset safe-haven. US dolar pamerkan pengukuhan semula pada sesi New York semalam.

Dolar Australia dilihat mula bergerak lemah berbanding US dolar dengan corak penurunan harga pada carta AUD/USD pada penghujung minggu.

Pada dagangan semalam, harga yang membuat penurunan ke paras 0.65500 pada zon RBS (resistance become support) kemudiannya menunjukkan kenaikan semula pada sesi Eropah.

Namun kenaikan gagal mencapai paras ketinggian pada 0.66100 yang dicapai pada Rabu iaitu hari sebelumnya dan kembali membuat penurunan ke zon RBS semula.

Pada dagangan sesi Asia pagi ini pula, harga yang dilihat menguji paras 0.65700 pada zon RBS mempamerkan penurunan melepasi paras terendah harian semalam dan menuju zon RBS pada 0.65100.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan perubahan awal trend bearish pada carta AUD/USD.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon RBS pada 0.64600 dengan zon support pada 0.64000 akan menjadi destinasi tumpuan utama.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras halangan 0.65700 akan diuji sebelum harga menuju semula zon resistance pada 0.66100.

Kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru jika sentimen pasaran kembali pulih dan menyokong pengukuhan semula dagangan Aussie.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat