AUDUSD Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

41

Aussie Dollar memperlahankan kejatuhan dengan menjalar naik lebih 55 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7165 sebelum menutup sekitar paras $0.7140; walaupun keuntungan operasi syarikat Australia dilaporkan jatuh di bawah jangkaan. Jualan syarikat, keuntungan dan inventori jatuh pada suku berakhir Disember tahun lepas, sekaligus menunjukkan kemungkinan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Australia untuk suku pertama tahun ini boleh datang sedikit di bawah jangkaan.

Di pasaran Australia, The Australian Bureau of Statistics, melaporkan keuntungan operasi kasar susut 2.8% antara suku September dan Disember, manakala jumlah inventori jatuh 0.4%. Ini berbanding dengan ramalan penurunan untung sebanyak 1.8% dan peningkatan inventori sebanyak 0.1%, dalam kaji selidik ahli ekonomi Bloomberg; sekaligus mencadangkan suku keempat 2015 yang lembap untuk pelbagai industri, bermula dengan perlombongan, di mana keuntungan menurun 6.2% dan sektor runcit, di mana ianya meleset 6.4%.

[adrotate group=”6″]

Pagi ini Reserve Bank of Australia (RBA) akan melaporkan keputusan kadar yang dijangka kekal pada 2% dan kelulusan pembinaan bangunan bulan Januari yang dijangka lebih rendah pada -2.9% berbanding 9.2% pada Disember. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan PMI Pembuatan yang dijangka meningkat daripada 48.2 mata kepada 48.5 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat