AUDUSD Analisa Fundamental Harian 10 Nov 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-audusd-017

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7070 ke serendah 0.7025, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah harapan rangsangan tambahan mengapungkan Aussie selepas data eksport dan import China terhempas baru-baru ini. Minggu ini dimuatkan dengan data dari negara merah itu, termasuk inflasi dan jualan runcit bersama-sama dengan pengeluaran perindustrian.

Laporan pekerjaan AS yang kukuh bagi Oktober, angka perdagangan China yang kurang memberangsangkan pada hujung minggu, serta kelemahan seterusnya dalam harga komoditi; telah menyebabkan Dollar Australia membuka minggu dagangan baru di bawah tekanan jualan, sekitar paras 0.70000 pada awal sesi Asia.  Dollar AS bangkit dan harga komoditi jatuh apabila para trader melihat angka pekerjaan AS yang kukuh sebagai lampu hijau untuk Federal Reserve menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, Oanda Australia dan trader kanan Asia Pasifik Stephen Innes berkata, terdapat keengganan pasaran untuk menolak Dollar Australia di bawah paras 0.7000 pada masa ini. “Sentimen dalam jangka masa pendek adalah data China memanggil Bank Rakyat China (PBoC) untuk pelonggaran, yang akan terus menyokong pengambilan risiko yang lebih luas; seperti yang telah kami lihat di rantau ini sejak beberapa bulan lepas,” tambah beliau lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat