AUDUSD Analisa Fundamental Harian 13 Nov 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-audusd-020

Aussie Dollar melonjak lebih 95 pips Khamis semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7155 sebelum menutup sekitar paras 0.7125; setelah data pekerjaan Australia mengejutkan pasaran. Aussie bangkit tetapi masih jauh di bawah tahap dagangan yang diunjurkan oleh RBA. Kadar pengangguran jatuh di bawah 6% buat kali kedua dalam hampir 18 bulan pada Oktober lepas, selepas peningkatan dalam bilangan sebenar orang yang bekerja, menurut Biro Perangkaan Australia (ABS).

ABS berkata semalam bahawa terdapat peningkatan hampir 60 ribu dalam tenaga buruh, menolak kadar pengangguran turun daripada 6.2% kepada 5.9%.  Berdasarkan pelarasan bermusim, kadar pengangguran kali terakhir berada di bawah 6% adalah pada Mei tahun ini dan sebelum itu, pada Mei tahun lepas. Walau bagaimanapun, berasaskan trend – selepas melaras turun naik dalam data mengikut musim – pengangguran masih tegar di atas 6% sejak Mei tahun lalu.

[adrotate group=”6″]

Kemungkinan untuk Reserve Bank of Australia mengurangkan kadar dalam masa terdekat semakin berkurangan, berikutan angka pekerjaan yang kukuh membantu sokongan belian keatas Aussie semalam.  RBA menjadi semakin bimbang dengan kadar inflasi di Australia, yang masih belum memacu naik walaupun kadar telah diturunkan ke paras terendah dalam sejarah, lantas mengubah unjuran ke paras terendah dalam julat 2% – 3% yang disasarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat