AUDUSD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2016

40

moshedfx-forex-malaysia-audusd-019

Aussie Dollar yang memacu naik lebih 70 pips pada awal sesi Asia Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7050, kembali merudum lebih 95 pips pada petang New York untuk menutup sekitar paras $0.6955; selepas data menunjukkan eksport China dalam Yuan meningkat 2.3% pada bulan Disember sejak 12 bulan lalu. Import dalam Yuan meneruskan kejatuhan 14 bulan berturut-turut, jatuh 4% peratus. Lebihan dagangan sebanyak 382 bilion Yuan ($58 bilion) berjaya dicapai.

Ahli ekonomi telah meramalkan penurunan 4.1% dalam eksport dan kemerosotan 7.9% dalam import. “Ada kepastian terhadap keadaan yang berlawanan dengan sentimen yang terlalu negatif selepas kita telah melihat kestabilan yang mencerminkan keupayaan Bank Pusat China dalam menguruskan ekonomi,” menurut Angus Nicholson, penganalisis pertukaran asing di IG Markets. “Pihak berkuasa China sangat berminat untuk menurunkan perbezaan antara kadar tukaran Renminbi dalam negera dan luar pesisir, dan mereka nampaknya telah berjaya.” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, satu kebimbangan masih kekal dalam minda pelabur ialah kecairan yang diperketatkan untuk dagangan Yuan luar pesisir, di mana kos pinjaman untuk bank Hong Kong melonjak 66% Selasa lalu, menjadikan ianya terlalu mahal untuk pelabur membiayai kontrak jualan Yuan. Hari ini Australia dijangka melaporkan data pekerjaan bulan Disember yang kurang baik dari bulan November.  11 ribu orang dijangka kehilangan perkerjaan berbanding pertambahan 71,400 pekerja sebelum ini, serta pengangguran yang dijangka meningkat dari 5.8% kepada 5.9%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat