AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 Oct 2015

26

moshedfx-forex-malaysia-audusd-003

Aussie Dollar melonjak lebih 115 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7315 sebelum menutup sekitar paras 0.7295; setelah laporan sentimen pengguna Westpac yang dicetak lebih tinggi daripada jangkaan mengejutkan pasaran, tetapi laporan inflasi yang bercampur-campur dari China memberi tekanan kepada dolar Australia.

Data menunjukkan import Cina jatuh 20% pada tahun ini hingga September, yang menunjukkan permintaan domestik yang jatuh; sekaligus menimbulkan tekanan kepada Beijing untuk memperkenalkan lebih banyak rangsangan ekonomi.  China merupakan pasaran eksport yang besar bagi Australia dan dolar Australia digunakan sebagai proksi untuk pelaburan ke China.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Amerika Syarikat, dolar AS mencecah paras terendah selama tiga minggu dan mata wang berkaitan komoditi jatuh keras selepas data import China yang mengecewakan; sekaligus meniupkan kebimbangan mengenai ekonomi global dan memperbesarkan sentimen bahawa Federal Reserve AS tidak akan menaikkan kadar sehingga 2016.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat