AUDUSD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2016

45

Aussie Dollar merudum lebih 100 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7220 sebelum menutup sekitar paras $0.7225, selepas melonjak sehari sebelumnya apabila minit mesyuarat terbaru RBA yang disiarkan menunjukkan lembaga pengarah RBA tidaklah begitu ‘dovish’ seperti yang disangkakan pasaran.  Namun, minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi yang mengesahkan pendirian Feds untuk terus menaikkan kadar pada Jun ini, sekiranya laporan ekonomi selari dengan jangkaan memacu permintaan untuk Dollar.

Di pasaran Australia semalam, Timbalan Gabenor RBA, Guy Debelle yang memberi ucapan kepada Global FX Forum mengatakan China perlu meneruskan langkah untuk mengapungkan matawangnya di pasaran antarabangsa.  Namun, beliau menyokong pendekatan China yang berhati-hati.  China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia, mempunyai pengaruh besar ke atas nilai matawang negara kangaroo itu.

Dalam laporan terbaru pertumbuhan gaji sektor pekerjaan Australia semalam, angka 0.4% untuk suku pertama 2016 dan angka tahunan sebanyak 2.1% adalah yang paling lemah dalam sejarah.  Ini sekaligus mengesahkan pertumbuhan inflasi yang lemah seperti dilaporkan sebelum ini, yang telah mendorong RBA untuk menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas.  Satu lagi penurunan kadar dijangka pada Ogos nanti, selepas laporan inflasi pada akhir Julai.

Di pasaran Amerika Syarikat semalam, Dollar mendapat lonjakan seterusnya apabila minit mesyuarat FOMC yang terbaru mengesahkan pendirian tegas Feds untuk menaikkan kadar sekiranya inflasi, GDP dan pertumbuhan sektor pekerjaan memberansangkan.  Komen terbaru dari beberapa Presiden Feds cawangan baru-baru ini telah mencerminkan pendirian Feds ini.

Hari ini Australia bakal melaporkan pertumbuhan sektor pekerjaan yang dijangka hanya menambah pekerjaan sebanyak 12,100 jawatan berbanding 25,700 jawatan pada sebelumnya.  Kadar pengangguran dijangka meningkat sebanyak 0.1% kepada 5.8%.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan Indeks Pembuatan Feds cawangan Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari -1.6 mata kepada 3.2 mata dan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 294 ribu kepada 276 ribu pemohon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat