AUDUSD Analisa Fundamental Harian 2 Nov 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-audusd-001

Aussie Dollar melonjak lebih 80 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7150 sebelum menutup sekitar paras 0.7135; selepas jatuh 3 hari berturut-turut apabila Dollar AS terus mendapar permintaan pasca kenyataan mesyuarat FOMC yang menegaskan pendirian Federal Reserve AS yang mahu menaikkan kadar pada Disember ini.

Walau bagaimanapun, data GDP AS yang dilaporkan pada 1.5% meleset dari jangkaan 1.6%, malah jauh lebih rendah dari suku sebelumnya, 3.9%; menyebabkan pasaran ragu-ragu tentang rancangan Federal Reserve itu, sekaligus menolak Dollar sedikit rendah.  Pada masa yang sama, sentimen keyakinan pengguna terhadap ekonomi AS yang dilaporkan menurun dari 92.1 kepada 90, berbanding jangkaan 92.6 telah menyebabkan pasaran berada dalam dagangan berhati-hati.

[adrotate group=”6″]

Di Australia pula, Biro Perangkaan Australia melaporkan harga pengguna tahunan di Australia meningkat 1.5% peratus pada suku ketiga tahun 2015. Angka itu meleset dari ramalan 1.7%, dan tidak berubah dari tiga bulan sebelumnya. Setiap suku tahun, inflasi menambah 0.5% – juga dibawah jangkaan 0.7%, yang tidak berubah daripada tiga bulan sebelumnya.  Namun indeks harga pengeluar, cara lain untuk mengukur inflasi, dilaporkan meningkat kepada 1.7% pada suku ketiga 2015.

Macquarie Wealth Management memberi komen bahawa cabaran yang semakin meningkat, di peringkat global, untuk mencapai kadar inflasi yang dikehendaki, kini juga menjadi salah satu masalah Australia. “Oleh itu, kami berpendapat bahawa persoalan dasar monetari mungkin berubah – bukan sama ada RBA menurunkan kadar pada hari Melbourne Cup; tetapi berapa banyak kali kadar terpaksa diturunkan pada 2016 nanti.” tambah mereka lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat