AUDUSD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

29

Aussie Dollar yang menyusut lebih 65 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, mencapai paras terendah harian sekitar $0.7145 sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar $0.7195; setelah laporan pembinaan dan gaji Australia diumumkan lemah daripada jangkaan. Aussie dijangka terus lemah terutamanya jika pasaran saham dan komoditi terus merosot.

Di pasaran Australia, Laporan Pembinaan Kerja Selesai bagi suku keempat 2015 menunjukkan penurunan sebanyak 3.6%. Pasaran menjangkakan penurunan hanya sebanyak 2.0%. Indeks harga upah pula hanya meningkat 0.5%, berbanding jangkaan pelabur sebanyak 0.6%. Selasa lalu, kadar tukaran AUD/USD mencecah paras dua bulan tertinggi, tetapi menutup rendah selepas permintaan bagi aset berisiko tinggi berkurangan.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Australia bakal melaporkan Perbelanjaan Modal Swasta bulan Disember 2015 yang dijangka bertambah baik dari -9.2% kepada -3.1% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tempahan barangan tahan lama yang dijangka bertambah baik dari -5% kepada 3% serta tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 262 ribu kepada 271 ribu pemohon.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat