AUDUSD Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2016

49

moshedfx-forex-malaysia-audusd-003

Aussie Dollar jatuh lebih 90 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7035 sebelum menutup sekitar paras $0.7040; setelah para trader memberikan hanya sedikit reaksi kepada keputusan RBA untuk mengekalkan kadar pagi semalam, kerana pasaran sudah pun berada dalam mood ‘risk-off’ dan terus menjual Aussie. Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak telah menyebabkan trader lari dari matawang komoditi, apabila laporan PMI Pembuatan China yang suram telah meninggalkan sentimen negatif dalam pasaran.

Di pasaran Australia, RBA berkata ekonomi Australia telah semakin baik. “Pengembangan di bahagian-bahagian bukan perlombongan ekonomi kukuh pada 2015, bancian keadaan perniagaan menunjukkan bacaan di atas tahap purata, pertumbuhan guna tenaga meningkat dan kadar pengangguran menurun pada separuh kedua tahun lalu, walaupun pertumbuhan KDNK diukur berada di bawah purata.”, menurut laporan RBA. Dollar Australia, yang menurut RBA tahun lepas telah terlebih nilai, “telah meneruskan pelarasan kepada keadaan ekonomi yang berubah-ubah.”

[adrotate group=”6″]

Gabenor RBA Glenn Stevens mengambil perhatian terhadap momentum ekonomi domestik yang kukuh, walaupun di tengah-tengah turun naik pasaran kewangan global baru-baru ini. “Maklumat baru membenarkan Lembaga Pengarah untuk menilai sama ada peningkatan baru-baru ini, adalah disebabkan keadaan pasaran pekerjaan yang bertambah baik dan sama ada pergolakan kewangan baru-baru ini, adalah petanda permintaan global dan domestik yang lemah,” tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat