AUDUSD Analisa Fundamental Harian 3 Nov 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-audusd-002

Aussie Dollar melonjak lebih 40 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7155 sebelum menutup sekitar paras 0.7145; setelah data PMI kerajaan China pada Ahad menunjukkan aktiviti perkilangan yang lebih lemah daripada yang jangkaan dan kekal dalam penguncupan, tetapi data PMI pembuatan Swasta Caixin semalam, menunjukkan peningkatan yang mengejutkan dalam sektor pembuatan walaupun kekal dalam penguncupan.

Dollar Australia, matawang proksi bagi China disebabkan pendedahan perdagangan negara kangaroo itu yang besar terhadap China, mencapai paras tertinggi sesi Asia sekitar 0.7150, selepas pengumuman Indeks Caixin / Markit China Manufacturing Pengurus Pembelian (PMI). Indeks itu meningkat kepada 48.3 pada bulan Oktober daripada 47.2 pada bulan September dan menunjukkan tempahan untuk eksport mendapat kenaikan pertama sejak bulan Jun lalu.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Reserve Bank of Australia bakal membuat keputusan kadar dan dijangka mengekalkan kadar sedia ada pada 2%.  Walaupun terdapat penganalisis yang menjangka kemungkinan RBA boleh membuat keputusan mengejut dengan penurunan kadar, tetapi ramai penganalisis berpendapat penurunan kadar hanya mungkin datang pada tahun 2016.  Tiada data berimpak tinggi dari AS hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat