AUDUSD Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2016

28

moshedfx-forex-malaysia-audusd-003

Aussie Dollar terus merudum untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 80 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7130 sebelum menutup sekitar paras $0.7160; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada Indeks Caixin/Markit China PMI Pembuatan yang menunjukkan bahawa aktiviti perkilangan China menguncup untuk 10 bulan berturut-turut dengan kadar yang lebih laju daripada bulan November.

Dengan ketiadaan siaran data utama yang dijadualkan untuk rantau Asia, semua mata sekali lagi menumpu kepada prestasi pasaran China. Aussie, yang dilihat sebagai proksi kepada prospek ekonomi China, tidak terkecuali, kehilangan momentum terhadap permintaan ‘safe-haven trade’ seperti Dollar Amerika, Swiss Franc dan Yen Jepun. Data pembuatan China yang lemah menghentak Aussie, yang turun 1.22% berbanding Dollar AS, manakala Dollar New Zealand susut 1.85%.

[adrotate group=”6″]

“Data yang dilaporkan menyediakan satu lagi sebab untuk menjual Aussie, selepas kebangkitan semula pada Disember,” menurut Sean Callow, ahli strategi pertukaran asing di Westpac Banking Corp Sydney. “Buat masa ini, kita hanya boleh berharap bahawa kelembapan perindustrian China akan kembali stabil, kerana pemulihan yang sebenar masih kelihatan jauh. Ada kekuatan luas dalam USD.” tambah beliau lagi.

China juga dilaporkan mengurangkan nilai Yuan berbanding Dollar AS, menjadikannya lebih lemah daripada 6.5000 untuk kali pertama dalam lebih daripada 4 setengah tahun, dengan tekanan yang semakin meningkat ke atas ekonomi nombor dua dunia itu.  Hari ini China juga akan melaporkan indeks Caixin PMI perkhidmatan yang dijangka lebih baik dari 51.2 mata kepada 52.3 mata untuk bulan Disember lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat