AUDUSD Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2016

38

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $0.7451 ke setinggi $0.7513, sebelum menutup sekitar paras $0.7461; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada penurunan kadar RBA baru-baru ini.  Dalam pada itu, data ekonomi China yang lemah, memburukkan keadaan dan menimbulkan spekulasi stimulus tambahan dari People Bank of China (PBoC).

“China menjadi bahan api sentimen negatif,” menurut ketua strategi pasaran di Unibank Inc., bank Filipina terbesar dari segi aset. Kelemahan dalam sektor pembuatan “mengukuhkan jangkaan bahawa China masih rapuh dan ia memerlukan lebih rangsangan untuk mengekalkan peningkatan ekonomi,” tambah beliau lagi. Angka ekonomi China masih belum mencadangkan pemulihan ekonomi yang kukuh, angka sektor pembuatan AS yang dikeluarkan juga menunjukkan pertumbuhan yang perlahan.

Pasaran hadapan kadar Feds hanya memfaktorkan sekitar 12% kemungkinan bahawa Federal Reserve akan menaikkan kos pinjaman dalam mesyuarat akan datang pada bulan Jun dan 60% pada bulan Disember.  Sebulan lalu, angka tersebut adalah masing-masing sebanyak 24% dan 62%. Kemerosotan Dollar pada tahun ini telah mendorong PBoC untuk melemahkan Yuan berbanding dengan sekumpulan matawang, sambil mengekalkan kestabilan berbanding Dollar AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat